Sempana cuti sekolah yang telah merangkak tiba, kami sekeluarga membuat keputusan untuk memeriahkan lagi Tahun Melawat Perak 2012. Perak, negeri yang kini menjadi tempat aku & suami bermastautin menjadi pilihan destinasi pelancongan Kakak ku yang sulong.
Rancangan awal telah dibuat seminggu sebelum cuti sekolah bermula. Dengan menaiki train ETS daripada KL Sentral ke Batu Gajah, mereka akhirnya tiba di Perak disambut oleh aku & suami. Percutian kami bermula keesokkan harinya. Destinasi pertama ialah Gua Tempurung.
![]() |
| Pintu masuk ke dalam Gua Tempurung |
![]() |
| Pemandangan di dalam gua |
Pakej pelancongan Gua Tempurong terbahagi kepada beberapa peringkat mengikut citarasa pelancong. Pakej Pertama - Golden Flowstone mengambil masa selama 40 minit
Harga - RM6.00 dewasa & RM2.50 kanak-kanak
Pakej Kedua - Top of World mengambil masa selama 1jam 45 minit
Harga - RM9.00 dewasa & RM4.50 kanak-kanak
Pakej Ketiga - Top of World & Short River Adventure (2j 30min)
Harga - RM11.00 dewasa & RM6.00 kanak-kanak
Pakej Ketiga - Grand Tour (3j 30min)
Harga - RM22.00 dewasa & RM11.00 kanak-kanak
Disebabkan masalah-masalah tertentu, kami mengambil keputusan untuk memilih pakej kedua sahaja. Gua ini mempunyai laluan pejalan kaki dan lampu di dalamnya. Tapi sekiranya mampu, bolehlah membawa torch light sendiri terutama bagi yang memilih pakej 3 & 4.
Destinasi seterusnya ialah bandar Taiping. Disebabkan kami belum memutuskan penginapan di Taiping, kami mengambil keputusan untuk terus ke Kuala Gula Bird Sanctuary dengan harapan masih ada tempat kosong untuk kami menginap di sana. Malangnya, semuanya tinggal harapan. Semua chalet yang disediakan telah penuh ditempah. Harapan untuk menaiki bot bagi Tour Package juga tidak tercapai disebabkan masalah kos yang agak tinggi untuk kami yang hanya berenam. Untuk maklumat lanjut mengenai Tour Package Kuala Gula bolehlah ke http://kualagulaecotourism.blogspot.com/p/packages.html. Disebabkan semua perancangan yang tidak menjadi realiti, kami mengambil keputusan untuk makan tengahari di sana. Kari Ikan Sembilang & Ketam Lembut masak pedas memang umphhhh...
| Welcome to Kuala Gula Bird Sanctuary |
Kami meneruskan perjalanan kami ke bandar Taiping bagi meneruskan aktiviti Cuti-cuti kali ini. Sebelum mencari tempat penginapan, kami memutuskan untuk menjengah ke Jeti Kg Dew bagi aktiviti melihat Kelip-kelip pada malamnya. Selepas berunding & berurusan dengan mereka disana, bayaran yang dikena kan sebanyak RM25 seorang. Lebih kurang RM250 untuk 1 bot.
![]() |
| Simpang masuk ke Jeti Kg Dew |
![]() |
| Contoh bot yang kami naiki utk melihat Kelip-kelip |
Kami memilih untuk menginap di Casavilla Hotel di Taiping. Harga yang ditawarkan agak murah bagi bilik yang agak besar. Walaupun hotel ini tidaklah begitu mewah, tapi agak berbaloi & puas hati untuk dikunjungi. Memang jimat bagi percutian bajet kami.
![]() |
| Hotel CasaVilla |
![]() |
| Hotel Casa Villa |
![]() |
| Hutan Paya Bakau Matang imej copy from www.malaysianaturalheritage.com |
![]() |
| Taman Paya Bakau |
Taman Paya Bakau Manjung
Itulah perhentian terakhir kami sebelum berpisah. Walau bagaimana pun percutian kali ini memberi seribu makna kerana inilah pertama kali aku melawat tempat-tempat tersebut.










No comments:
Post a Comment