Actually, salah satu minat aku ialah membaca.. I love reading especially novels and story books..But lately, aku dah rajin membaca buku-buku motivasi.. Ada la satu, doa koleksi.. Berbalik kepada tajuk di atas, sebenarnya kepulangan ke kampung hari itu, sempat la aku meminjam beberapa buah buku ilmiah drp my sister. There are three of them.. Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul, La Tahzan Kerana Jodoh dan The Lost Jewel..
Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul ialah kisah mengenai pengalaman penulis tentang kisah percintaannya dengan suaminya dimana mereka bercinta selepas berkahwin dan keindahan-keindahan yang dirasakan selepas bercinta selepas berkahwin.. Buku ini sesuai untuk sesiapa yang baru mengenali cinta, untuk bakal pengantin bersedia di alam perkahwinan dan untuk ibu bapa mengajar anak-anak supaya tidak tertipu dengan cinta sebelum kahwin.
La Tahzan Kerana Jodoh memaparkan cerita dan pengalaman mereka-mereka yang menghadapi masalah dalam mencari pasangan hidup disertakan dengan nasihat-nasihat dan cadangan untuk mereka meneruskan hidup dalam mencari kebahagian & lebih tenang.. Bersabarlah dengan semua dugaan dan jangan terlalu bersedih..
The Lost Jewel ialah sebuah yang memaparkan falsafah, prinsip dan kaedah bagi menjayakan nafkah batin dengan baik dan mengikut pendekatan Islam. Buku ini amat sesuai bagi bakal-bakal pengantin, pengantin baru & lama dalam usaha meniti kebahagiaan rumahtangga selaras dengan pendekatan Islam..
Sebenarnya, hanya separuh baru sempat ku baca.. Semoga buku-buku ini dapat membantu & memberi faedah & manfaat untuk dipraktikkan dalam melangkah ke fasa yang seterusnya..
No comments:
Post a Comment