Thursday, 25 August 2011

Baju Raya & Tukang Jahit

Hari Raya da semakin hampir tiba.. Ramadhan akan pergi meninggalkan kite.. Jalan nk ke opis pon dah tak begitu sesak tak seperti hari-hari sebelumnya..

Esok, habis je office hour, aku akan terus mengorak langkah tuk pulang ke kampung halaman yg tercinta.. Malam ni dah siap-siap packing apa yg patut.. Honestly, mood raya tahun ni tak seperti tahun-tahun yang lepas...Macam tak terasa langsung nak raya tahun ni.. Mungkin sebab kerja kat ofis yang berlambak-lambak yang menyebabkan aku tak ade masa langsung nak memikirkan pasal raya...

Tambah-tambah lagi, dengan berita buruk yang baru aku dapat td.... Baju raya aku belum siap!!!! Bayangkan, aku dah hantar baju tu 2 bulan before puase...Bulan 6 aritu aku dah hantar ye....Tp, tak siap-siap jugak..Adoii..Memang sangat mem'bengang'kan hati.."Esok malam baru siap," kata tukang jahit.. and the problem is, esok petang aku dah nak bertolak balik ke kg..Camne ni???

Aku rasa isu baju raya & tukang jahit ni bukan isu yang baru.. Ni isu zaman berzaman, turun temurun kot.. Tiap-tiap tahun akan ada je masalah ni.. Salah si tukang jahit kah atau salah si pelanggan kah?? Bagi aku, aku dah cuba utk hantar baju raya aku seawal yang mungkin.. Bukan nya aku hantar last minute.. So, that should be not a problem at all.. Lain la aku baru hantar awal Ramadhan aritu.. Tapi, tukang jahit mungkin memang suka membuat kerja di waktu-waktu akhir menyebabkan baju raya aku lambat siap.. 

Tapi, tu hanya perasaan & pendapat aku.. Ada yang cakap, mungkin tukang jahit tu dah merancang sempat siap.. tp Tuhan dah tentukan memang baju aku tu tak sempat die siapkan.. Kalo dah macam tu, memang aku tak mampu nak buat ape la kan..  Dah ditakdirkan baju raya aku tu tak siap.. Redha je la jawabnya.. Bagi aku nak redha tu bukan sesuatu yang mudah sebenarnya.. Tapi aku cuba.. 

Mungkin memang sesetengah perkara kita memang tak mampu utk ubah seperti apa yang kite nak.. So, belajar la tuk terima apa yang telah terjadi.. Sama seperti sekarang.. Terima la hakikat bahawa sesungguhnya, baju raya aku, mungkin tak sempat siap...


Monday, 15 August 2011

Firstly

This is my first entry..What to say.. Actually, blog ni dibuat hanya tuk menzahirkan apa yang aku suka, apa yang aku rasa, apa yg aku fikir.. At the same time, I need this blog for my own personal reason...

Through this blog, aku harap, aku dapat 'menghadiahkan' sesuatu buat pembaca2 blog ni..Hadiah di sini bukan bermakna barangan or wang ringgit ye.. It means that i can give something to u all through my writing.. Hopefully.. Mana la tau kan, boleh mengasah balik bakat2 terpendam time zaman sek2 dulu..Ye la, dulu karangan aku slalu gak ditampal kt dinding sbg karangan contoh..Ada kena mengena x?? Hahaha..Kalau la sekolah aku dulu ada majalah sekolah yang keluar bln2 mcm majalah Eh, Cosmopolitan macam majalah2 sekarang ni, mesti aku da jadi salah seorang editor majalah sekolah yang berjaya..OK, sila abaikan mood perasan di sini ye..

Akhir kata, semoga blog ini akan dapat menjadi salah satu sumber inspirasi kepada anda semua..Sekian, terima kasih..Ops..ter'skema' la plak..