Wednesday, 8 August 2012

Ayam Masak Lemak Cili Padi

Since kahwin, aku da semakin rajin masak. Ye la, takkan la hari-hari nak beli makanan or makan kat kedaikn. Lagipun suami aku memang jenis yg suka makan kt rumah. Boleh dikatakan sepanjang puasa ni, dia akan makan nasi tiga kali sehari. Time berbuka, malam after terawih dan time sahur. So if time berbuka aku beli je makanan, malam tu, aku still kena masak juga tuk sahur.

Dulu masa zaman bujang, aku ni jenis rajin juga ke dapur. Bukan sebagai tukang masak, tapi as penolong tukang masak. Aku akn sediakan bahan untuk memasak & my sister akan masak. Kiranya tak ada la aku rasa janggal sangat kt dapur bila dah kahwin ni. Lagipun sejak kahwin, aku memang suka memasak. Mencuba resepi yang baru untuk aku. Mula la aku telefon my sisters untuk minta resepi or cari je mr google.

Hari ini aku nak share resepi untuk ayam masak lemak cili padi. Resepi ni aku minta drp my sister. U all boleh la try masak.

Bahan-bahannya ialah:
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Kunyit
Cili padi
Santan
Ayam
Gula
Garam
Kiub pati ayam
Air
*kuantiti bahan bergantung kepada banyak mana korg nk masak

Cara-caranya:
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, kunyit dan cili padi.
2. Kemudian bahan-bahan tersebut ditumis sehingga naik bau.
3. Bila dah naik bau,masukkan ayam, santan, air dan kiub pati ayam.
4. Rasa dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Siap.

Senang je kan caranya. U all boleh la cuba resepi ni. Aku tak dapat nk tuliskan kuantiti sebab time aku buat haritu pon, aku agak-agak je. So, selamat mencuba.

Tuesday, 12 June 2012

Jalan-jalan Perak 2012

Sempana cuti sekolah yang telah merangkak tiba, kami sekeluarga membuat keputusan untuk memeriahkan lagi Tahun Melawat Perak 2012. Perak, negeri yang kini menjadi tempat aku & suami bermastautin menjadi pilihan destinasi pelancongan Kakak ku yang sulong.

Rancangan awal telah dibuat seminggu sebelum cuti sekolah bermula. Dengan menaiki train ETS daripada KL Sentral ke Batu Gajah, mereka akhirnya tiba di Perak disambut oleh aku & suami. Percutian kami bermula keesokkan harinya. Destinasi pertama ialah Gua Tempurung. 

Pintu masuk ke dalam Gua Tempurung

Pemandangan di dalam gua
Pakej pelancongan Gua Tempurong terbahagi kepada beberapa peringkat mengikut citarasa pelancong. Pakej Pertama - Golden Flowstone mengambil masa selama 40 minit
Harga - RM6.00 dewasa & RM2.50 kanak-kanak
Pakej Kedua - Top of World mengambil masa selama 1jam 45 minit
Harga - RM9.00 dewasa & RM4.50 kanak-kanak
Pakej Ketiga - Top of World & Short River Adventure (2j 30min)
Harga - RM11.00 dewasa & RM6.00 kanak-kanak
Pakej Ketiga - Grand Tour (3j 30min)
Harga - RM22.00 dewasa & RM11.00 kanak-kanak

Disebabkan masalah-masalah tertentu, kami mengambil keputusan untuk memilih pakej kedua sahaja. Gua ini mempunyai laluan pejalan kaki dan lampu di dalamnya. Tapi sekiranya mampu, bolehlah membawa torch light sendiri terutama bagi yang memilih pakej 3 & 4.

Destinasi seterusnya ialah bandar Taiping. Disebabkan kami belum memutuskan penginapan di Taiping, kami mengambil keputusan untuk terus ke Kuala Gula Bird Sanctuary dengan harapan masih ada tempat kosong untuk kami menginap di sana. Malangnya, semuanya tinggal harapan. Semua chalet yang disediakan telah penuh ditempah. Harapan untuk menaiki bot bagi Tour Package juga tidak tercapai disebabkan masalah kos  yang agak tinggi untuk kami yang hanya berenam. Untuk maklumat lanjut mengenai Tour Package Kuala Gula bolehlah ke http://kualagulaecotourism.blogspot.com/p/packages.html. Disebabkan semua perancangan yang tidak menjadi realiti, kami mengambil keputusan untuk makan tengahari di sana. Kari Ikan Sembilang & Ketam Lembut masak pedas memang umphhhh...

Welcome to Kuala Gula Bird Sanctuary

Kami meneruskan perjalanan kami ke bandar Taiping bagi meneruskan aktiviti Cuti-cuti kali ini. Sebelum mencari tempat penginapan, kami memutuskan untuk menjengah ke Jeti Kg Dew bagi aktiviti melihat Kelip-kelip pada malamnya. Selepas berunding & berurusan dengan mereka disana, bayaran yang dikena kan sebanyak RM25 seorang. Lebih kurang RM250 untuk 1 bot.

Simpang masuk ke Jeti Kg Dew

Contoh bot yang kami naiki utk melihat Kelip-kelip
 Kami memilih untuk menginap di Casavilla Hotel di Taiping. Harga yang ditawarkan agak murah bagi bilik yang agak besar. Walaupun hotel ini tidaklah begitu mewah, tapi agak berbaloi & puas hati untuk dikunjungi.    Memang jimat bagi percutian bajet kami.

Hotel CasaVilla

Hotel Casa Villa


Bilik yang disediakan

Esoknya, aktiviti disambung ke Hutan Paya Bakau Matang @ Pusat Ecopelajaran Kuala Sepetang. So, pagi tu kami sarapan di Kuala Sepetang menikmati mee udang & kuew teow goreng udang. Malangnya, kami tidak dapat menyusuri Hutan Paya Bakau Matang pada hari tersebut kerana Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak telah mencemar duli ke sana. Oleh itu, kami membuat keputusan untuk singgah ke Kota Ngah Ibrahim sebelum ke Lumut.

Hutan Paya Bakau Matang
imej copy from www.malaysianaturalheritage.com

Kota Ngah Ibrahim

Perjalanan diteruskan dari Taiping ke Lumut sebelum menghantar kakak ku pulang ke Stesen KTMB Batu Gajah. Di Lumut, kami hanya menghabiskan masa ke Marina Island dan kemudiannya melawat Taman Paya Bakau Manjung setelah kecewa untuk melawat paya bakau di Matang sebelum itu. Taman Paya Bakau Manjung ini terletak di laluan Lebuhraya Ipoh-Lumut & masuk adalah percuma.
Taman Paya Bakau

Taman Paya Bakau Manjung

Itulah perhentian terakhir kami sebelum berpisah. Walau bagaimana pun percutian kali ini memberi seribu makna kerana inilah pertama kali aku melawat tempat-tempat tersebut.