Sunday, 4 September 2011

Aidilfitri & Jodoh

Salam Lebaran untuk semua... Semoga lebaran kali ini membawa seribu makna kepada anda semua.. Kesempatan beraya kali ini diisi dengan peluang berjumpa dengan kawan-kawan lama yang sememangnya dah lama xberjumpa..Apatah lagi peluang ini digunakan utk mengupdate kisah masing-masing..

Disebabkan ini mungkin merupakan raya bujang terakhir untukku, topik utama semestinya kisah jodoh & perkahwinan..

Kisah 1: Rakan 1 ini merupakan salah seorang tenaga pengajar di salah sebuah sekolah rendah.. Merupakan seorang yg peramah dan sangat kelakar.. Berkenalan dengan seseorang dengan bantuan rakannya.. Tapi status sebenar hubungan mereka masih blm dpt dipastikan kerana lelaki itu xpernah memberi apa-apa kepastian melainkan telah membawanya berjumpa keluarga..Kini, dia bingung samada utk trus menunggu & mengharapkan lelaki tersebut @ cuba mencari yg lain...

Kisah 2: Rakan 2 telah lama berkenalan & bersama si dia hampir 6 tahun.. Tapi hubungan mereka masih di tahap yg sama kerana masih tidak cukup wang untuk melangkah ke tahap yang seterusnya.. Rakan 2 kadang-kadang telah berasa bosan menunggu kerana tiada kepastian smpai bila dia harus menunggu.. Si lelaki pula belum stabil & bersedia untuk melangkah ke tahap yang seterusnya...

Kisah 3: Rakan 3 lebih rumit masalah nya.. Halangan yg perlu ditempuhi ialah keluarga nya terutama ibu bapanya yang sememangnya terkenal dengan sikap tegas mereka.. Telah menemui & berkenalan dengan seseorang setelah putus dengan seseorang kerana halangan keluarga.. Kini, dia masih menanti green light drp ibu bapanya untuk calon seterusnya..

Itulah sedikit sebanyak kisah-kisah yang dapat ku kutip sepanjang kepulangan kali ini.. Hidup ini memang rumit..Namun kita harus ingat, sesungguh nya jodoh pertemuan itu di tangan yg SATU.. Seandainya DIA menyatakan kun fayakun, tiada apa yang dapat mengubahnya.. Kepada rakan2 sekalian, bersabar la..Jodoh kalian akan tiba juga akhirnya.. Cuma cepat & lambat, terpulang pada diri masing2..

# Pesanan utk diri sendiri jgk

No comments:

Post a Comment